Presiden Kepulauan Marshall
Presiden Kepulauan Marshall

Presiden Kepulauan Marshall

Presiden Kepulauan Marshall merupakan ketua negara dan ketua kerajaan bagi negara Kepulauan Marshall. Jawatan presiden dipilih oleh Nitijeļā (Dewan Perundangan) daripada kalangan ahlinya manakala ahli-ahli kabinet pula dipilih oleh presiden daripada ahli Dewan.Amata Kabua telah dipilih sebagai presiden pertama republik pada 1979.[1] Setelah itu, beliau dipilih semula untuk empat penggal iaitu pada tahun 1983, 1987, 1991 dan 1996. Selepas Amata Kabua meninggal dunia, sepupu pertamanya, Imata Kabua, pula menjadi presiden selepas memenangi pilihan raya khas pada 1997.[2] Casten Nemra, telah dipilih dan menjawat jawatan presiden pada 2016 telah digantikan oleh Hilda Heine satu minggu kemudian kerana undi tidak percaya.[3][4]

Presiden Kepulauan Marshall

Tempoh jawatan Empat tahun, boleh diperbaharui sekali
Pembentukan 17 November 1979
Laman sesawang rmiparliament.org/cms/
Pemegang sulung Amata Kabua